Membudayakan kesihatan mental
untuk kesejahteraan masyarakat.

Perkhidmatan Kami


Penilaian Psikologi

Penilaian psikologi membantu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan dan keperluan psikologi dan kesihatan mental klien.


Psikoterapi Individu

Intervensi atau rawatan psikologi untuk membantu klien dalam menghadapi cabaran kesihatan mental.


Program Kesihatan Mental

Program kesihatan mental dan psikologi untuk kumpulan, komuniti dan organisasi yang disesuaikan dengan keperluan klien.

"Barangkali tugas manusia ialah memunggah batu-batu halangan dan menggunakannya sebagai dasar atau landas sebuah bangunan yang baru."
—A. Samad Said, Hujan Pagi

Kisah Kami


Bayu bermula dengan satu falsafah yang mudah:

Kesihatan mental adalah
sebahagian daripada hidup kita.

Sebuah ruang untuk merenung sejenak

Seperti bayu yang hadir dengan lembut, kami ingin menyediakan ruang untuk anda berhenti sejenak, mendapatkan sokongan dan memberi perhatian kepada kesihatan mental.


Bermula di Terengganu

Bayu hadir untuk mendekati dan berkhidmat kepada masyarakat setempat melalui perkhidmatan psikologi. Perkhidmatan dalam talian turut tersedia untuk mereka di luar Terengganu.


Apa yang kami lakukan

Buat masa ini, usaha kami berfokus pada penilaian dan intervensi psikologi yang berteraskan amalan profesional dan beretika.Seiring perkembangan Bayu, kami berharap dapat memperluaskan usaha melalui program pendidikan kesihatan mental, ceramah, bengkel dan penglibatan bersama masyarakat.

Profil Ahli Psikologi Klinikal

Khairah Rushdi

Ahli psikologi klinikal

MClinPsych (UKM), BPsy (Hons) UoC
MAHPC(CP)00820


Saya percaya bahawa mengenali diri sendiri merupakan langkah penting ke arah perubahan yang bermakna. Saya berharap dapat menemani klien dalam perjalanan mereka memahami diri, menghadapi perkara yang sukar, dan mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Fokus

Golongan dewasa


Skop perkhidmatan

  • Kemurungan (depression)

  • Keresahan (anxiety)

  • Kecelaruan personaliti (personality disorders)

  • Trauma

  • Kesukaran menguruskan emosi dan stres

  • Isu berkenaan identiti diri

  • Lain-lain*

*Hubungi kami untuk mengetahui kesesuaian perkhidmatan dengan anda.


Pendekatan

  • Schema Therapy

  • Cognitive Behavioral Therapy (CBT)

  • Acceptance and Commitment Therapy (ACT)

  • Integrasi pendekatan lain yang bersesuaian dengan keperluan, matlamat dan keunikan individu


Bahasa

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Perkhidmatan Kami


Perkhidmatan Psikologi Dewasa

Buat masa ini, kami hanya menyediakan perkhidmatan atas talian. Perkhidmatan secara bersemuka sedang dalam proses persediaan dan akan diumumkan kelak.



PerkhidmatanTempohHarga
Saringan & Konsultasi Ringkas30 minitRM50
Sesi Individu60 minitRM180
Sesi Individu — Pakej 3 Sesi*3 sesi, 60 minit setiap sesiRM520
Sesi Individu — Pakej 6 Sesi*6 sesi, 60 minit setiap sesiRM1020

*Sah untuk digunakan dalam tempoh masa tiga bulan.


Program Kesihatan Mental

Kami menyediakan program kesihatan mental dan psikologi untuk kumpulan, komuniti dan organisasi. Sila hubungi kami untuk sebut harga.


Soalan Lazim



Bagaimanakah saya boleh membuat janji temu?

Anda boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui portal tempahan atas talian kami atau menghubungi kami secara terus untuk menetapkan janji temu.


Adakah saya perlu mendapatkan surat rujukan?

Tidak. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan secara terus tanpa surat rujukan. Sekiranya keperluan anda lebih sesuai ditangani oleh profesional atau perkhidmatan lain, kami akan membincangkan pilihan yang sesuai dengan anda.


Saya akan hadiri sesi buat kali pertama. Apa yang akan berlaku?

Sesi pertama biasanya bermula dengan saringan dan konsultasi ringkas. Sesi ini memberi ruang untuk anda berkongsi secara ringkas perkara yang sedang dihadapi, mendapatkan pandangan profesional, dan berbincang tentang pilihan dan langkah seterusnya yang mungkin sesuai untuk anda.


Saya sudah menjalani saringan dan konsultasi ringkas. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Jika anda ingin meneruskan dengan penilaian dan/atau psikoterapi, proses seterusnya biasanya melibatkan proses intake dan penilaian yang lebih menyeluruh. Ini membantu kami memahami keadaan, latar belakang dan keperluan anda sebelum kita berbincang tentang hala tuju intervensi.


Berapa lama proses intake dan penilaian?

Tempohnya berbeza mengikut keperluan setiap individu. Sesetengah individu mungkin memerlukan lebih daripada satu sesi untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.


Bilakah intervensi psikoterapi akan bermula?

Intervensi psikoterapi biasanya dimulakan selepas proses intake dan penilaian yang diperlukan selesai. Kami akan membincangkan dapatan, matlamat serta pendekatan yang sesuai sebelum memulakan intervensi.


Bagaimanakah sesi-sesi seterusnya dijalankan?

Setiap sesi disesuaikan dengan keperluan dan matlamat anda. Fokus sesi boleh berubah sepanjang proses berdasarkan perkembangan anda dan perkara yang sedang dihadapi.


Bagaimanakah maklumat saya dikendalikan?

Maklumat peribadi, rekod dan perkara yang dikongsikan dalam sesi akan dikendalikan secara sulit dan disimpan dengan selamat, kecuali dalam keadaan tertentu seperti apabila terdapat risiko serius terhadap keselamatan atau apabila dikehendaki oleh undang-undang.


Adakah sesi dijalankan secara bersemuka atau atas talian?

Buat masa ini, semua sesi Bayu dijalankan secara atas talian. Perkhidmatan bersemuka akan diperkenalkan apabila pusat fizikal kami mula beroperasi.


Adakah Bayu menyediakan penilaian komprehensif seperti ADHD atau autisme?

Buat masa ini, Bayu belum menyediakan penilaian komprehensif seperti ADHD atau autisme. Kami sedang merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan ini pada masa akan datang.


Adakah Bayu menyediakan perkhidmatan psikologi untuk kanak-kanak dan remaja?

Buat masa ini, Bayu memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk golongan dewasa. Perkhidmatan psikologi untuk kanak-kanak dan merupakan antara perkhidmatan yang kami harapkan dapat diperkenalkan apabila Bayu berkembang pada masa akan datang.


Hubungi Kami



Jika anda atau orang lain berada dalam bahaya, jangan gunakan laman web ini.
Hubungi Talian Kasih 15999 (24 jam) untuk bantuan, atau sekiranya anda dalam kecemasan,
hubungi 999 atau segera ke hospital berdekatan.

Emel: [email protected]
Tel/Whatsapp: +6017-873 1035
*Lokasi fizikal kami sedang dalam proses persiapan dan akan dikemas kini dalam waktu terdekat.

Notis Perlindungan Data Peribadi untuk Klien



NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK KLIEN
Tarikh kemas kini terakhir: 04 November 2026
PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE FOR CLIENTS
Last updated: 04 November 2026




NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK KLIEN
(Versi Bahasa Melayu)
BAYU PSYCHOLOGICAL SERVICESDi Bayu Psychological Services (No. Syarikat 202603106555 (003844377-W), kami komited untuk melindungi privasi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”). Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis PDP”) menerangkan data peribadi apa yang kami kumpulkan tentang anda, bila dan mengapa kami mengumpulkannya, bagaimana kami menggunakannya, syarat yang di bawahnya kami boleh menzahirkannya kepada orang lain, hak-hak anda terhadap data peribadi anda dan bagaimana kami menjaga keselamatannya. Notis PDP ini merangkumi aktiviti pengumpulan dalam talian dan juga luar talian kami.Data Peribadi yang Boleh Kami Kumpulkan daripada AndaKami boleh mengumpulkan data peribadi berikut tentang anda bergantung kepada jenis interaksi anda dengan kami, termasuk semasa pertanyaan, tempahan, pendaftaran klien dan penyediaan perkhidmatan psikologi:Untuk Pertanyaan dan Tempahan
• maklumat peribadi anda untuk tujuan pengenalan seperti nama penuh, tarikh lahir, umur dan, apabila diperlukan, nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain;
• maklumat perhubungan anda seperti alamat, nombor telefon, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel;
• maklumat berkaitan tempahan anda seperti jenis perkhidmatan yang diminta, tarikh dan masa janji temu serta maklumat yang anda berikan berkaitan dengan pertanyaan atau permintaan anda;
• maklumat berkaitan pembayaran dan transaksi seperti rekod pembayaran, jumlah transaksi, tarikh pembayaran dan nombor atau rujukan transaksi, apabila berkenaan; dan
• apa-apa maklumat berkaitan atau dokumen sokongan lain yang anda serahkan atau yang diserahkan bagi pihak anda bagi tujuan tempahan atau penyediaan perkhidmatan.
Untuk Klien yang Menerima Perkhidmatan Psikologi
• semua maklumat peribadi seperti yang disenaraikan di atas, apabila berkenaan;
• maklumat latar belakang dan demografi yang relevan dengan penyediaan perkhidmatan psikologi;
• maklumat berkaitan kesihatan dan kesejahteraan psikologi, termasuk sejarah, keadaan, simptom, fungsi dan faktor lain yang relevan dengan penilaian atau intervensi;
• maklumat yang diperoleh melalui soal selidik, ujian atau instrumen psikologi, termasuk respons, skor, keputusan dan interpretasi;
• nota sesi, rekod klinikal, laporan psikologi dan dokumen profesional lain;
• maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga atau pemberi maklumat sokongan, apabila berkenaan;
• maklumat komunikasi yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan, termasuk komunikasi sebelum, semasa atau selepas sesi; dan/atau
• apa-apa maklumat berkaitan atau dokumen sokongan lain yang anda serahkan atau yang diserahkan bagi pihak anda bagi tujuan penyediaan perkhidmatan psikologi.
Untuk Pengunjung Premis
• rakaman video yang diperoleh melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tertentu dalam premis Bayu Psychological Services bagi tujuan keselamatan dan penyiasatan insiden.
Data peribadi sensitif mungkin termasuk maklumat kesihatan dan perubatan, maklumat berkaitan kesihatan atau kesejahteraan psikologi dan maklumat lain yang dikategorikan sebagai data peribadi sensitif di bawah undang-undang yang terpakai. Kami hanya akan mengumpulkan dan memproses data peribadi sensitif apabila ia relevan dan diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini atau apabila dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang.Sekiranya anda memberikan kepada kami data peribadi pihak ketiga, termasuk maklumat ahli keluarga, pasangan, penjaga, pemberi maklumat sokongan atau mana-mana individu lain yang berkaitan dengan perkhidmatan anda, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kebenaran atau kuasa yang sewajarnya untuk memberikan data peribadi tersebut kepada kami bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini. Bagi individu yang belum dewasa atau individu yang tidak berkeupayaan dari segi undang-undang untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kuasa yang sewajarnya untuk bertindak bagi pihak mereka berhubung dengan pemprosesan data peribadi mereka.Bagaimana Kami Mengumpulkan Data Peribadi AndaSecara umumnya, kami mendapatkan data peribadi anda terus daripada anda, tetapi kami juga boleh memperoleh data peribadi anda daripada pelbagai sumber, yang boleh merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:• apabila anda mengisi borang tempahan, pendaftaran, saringan, penilaian, soal selidik atau borang lain yang disediakan oleh kami;
• apabila anda memberikan maklumat semasa sesi konsultasi, penilaian, intervensi atau mana-mana perkhidmatan psikologi lain yang disediakan oleh kami;
• apabila anda memberikan maklumat kepada kami melalui telefon, e-mel, aplikasi pemesejan, laman web atau apa-apa saluran komunikasi lain;
• apabila anda menyerahkan dokumen, laporan, rekod atau maklumat lain yang berkaitan dengan diri anda atau perkhidmatan yang anda terima;
• apabila kami memperoleh maklumat daripada pihak ketiga seperti ahli keluarga, penjaga, pasangan, pemberi maklumat sokongan, profesional kesihatan, penyedia perkhidmatan atau pihak lain yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda;
• apabila kami memperoleh maklumat melalui sistem atau platform yang digunakan oleh kami bagi tujuan penyediaan perkhidmatan, penyedia perkhidmatan pembayaran dan penyedia perkhidmatan komunikasi;
• apabila anda membuat pembayaran atau transaksi melalui institusi kewangan atau penyedia perkhidmatan pembayaran;
• apabila anda melawat atau melayari laman web kami atau menggunakan perkhidmatan atas talian kami;
• apabila anda mengunjungi premis Bayu Psychological Services, termasuk melalui rakaman video yang diperoleh daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tertentu;
• apabila kami menerima maklumat daripada pihak berkuasa, badan kawal selia atau pihak lain apabila pendedahan tersebut dibenarkan atau diperlukan di sisi undang-undang; dan/atau
• daripada sumber lain jika anda telah memberikan persetujuan anda untuk pengeluaran data peribadi yang berhubungan dengan anda, dan/atau jika selainnya dibenarkan atau diperlukan di sisi undang-undang.
Pemprosesan Data Peribadi yang DikumpulkanAnda bersetuju bahawa kami boleh memproses data peribadi anda jika dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang terpakai dan bagi maksud yang berikut:• untuk mengurus dan memproses pertanyaan, tempahan, pendaftaran dan janji temu anda;
• untuk memudahkan komunikasi dengan anda berhubung dengan perkhidmatan kami;
• untuk menyediakan perkhidmatan psikologi kepada anda, termasuk saringan, konsultasi, penilaian, intervensi dan perkhidmatan lain yang berkaitan;
• untuk tujuan penyeliaan profesional, perundingan kes dan perbincangan berkaitan kes dengan penyelia atau profesional lain yang berkaitan, apabila diperlukan bagi tujuan amalan profesional dan penyediaan perkhidmatan psikologi, dengan maklumat yang dikongsi dikekalkan secara sulit dan hanya didedahkan setakat yang diperlukan bagi tujuan tersebut;
• untuk mewujudkan, menyelenggara dan mengurus rekod klien, rekod klinikal dan dokumentasi berkaitan perkhidmatan anda;
• untuk mengurus pembayaran, invois, resit dan perkara lain yang berkaitan dengan transaksi anda;
• untuk berkomunikasi atau berhubung dengan pihak lain yang berkaitan dengan perkhidmatan anda, apabila dibenarkan atau diperlukan;
• untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dinyahkenal pasti atau dikumpulkan dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai seorang individu;
• untuk menjalankan tinjauan, soal selidik dan aktiviti berkaitan penambahbaikan perkhidmatan;
• untuk mematuhi mana-mana obligasi perundangan, profesional atau pengawalseliaan yang terpakai;
• untuk menyenggarakan rekod bagi tujuan keselamatan, pengurusan risiko, tuntutan atau maksud perundangan lain;
• untuk tujuan keselamatan premis, perlindungan klien, kakitangan dan pengunjung, serta penyiasatan insiden yang berlaku di premis Bayu Psychological Services;
• untuk mengesan dan/atau mencegah penipuan, penyalahgunaan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang;
• untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda serta pihak lain;
• untuk mengurus dan menjalankan operasi serta pentadbiran Bayu; dan/atau
• bagi apa-apa maksud lain yang berhubung dengan, berkaitan dengan atau merupakan lanjutan kepada maksud di atas dan bagi maksud lain yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.
Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi AndaKami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, apabila diperlukan bagi tujuan pemprosesan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini dan setakat yang berkaitan dengan tujuan tersebut:• pemilik dan kakitangan Bayu Psychological Services yang berkaitan dengan pemprosesan data peribadi bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini;
• penyedia sistem pengurusan klien, komunikasi dan teknologi, termasuk penyedia e-mel, telefon, pemesejan, penyimpanan data, sistem dan platform yang digunakan bagi tujuan pengurusan klien, tempahan, janji temu, rekod, komunikasi dan penyediaan perkhidmatan;
• penyelia, profesional sejawat dan profesional kesihatan atau pihak lain yang berkaitan, bagi tujuan penyeliaan profesional, perundingan kes, perbincangan klinikal atau penyediaan perkhidmatan psikologi, apabila berkenaan;
• ahli keluarga, penjaga, pemberi maklumat sokongan dan/atau orang hubungan kecemasan anda, bagi tujuan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan atau perlindungan keselamatan dan kesejahteraan anda, apabila penzahiran tersebut dibenarkan oleh anda atau dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang yang terpakai;
• pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau sumber luar bagi fungsi pentadbiran dan operasi kami, bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan tersebut bagi pihak kami;
• kerajaan Persekutuan atau Negeri, kerajaan tempatan, badan berkanun, badan pengawalseliaan, agensi kerajaan dan pihak berkuasa lain, bagi tujuan mematuhi obligasi perundangan atau pengawalseliaan atau apabila penzahiran dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang;
• agensi penguatkuasaan undang-undang, bagi tujuan penyiasatan atau tindakan yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang;
• pihak lain yang telah memberikan atau menerima kebenaran yang sewajarnya daripada anda, bagi tujuan yang dinyatakan dalam kebenaran tersebut; dan/atau
• mana-mana pihak berkaitan lain yang dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, bagi tujuan yang dibenarkan atau diperlukan tersebut.
• Penzahiran data peribadi kepada pihak-pihak tersebut adalah terhad kepada maklumat yang berkaitan dan diperlukan bagi tujuan berkenaan.
Kami tidak akan selainnya menggunakan, berkongsi, menyebarkan, menerbitkan atau menzahirkan data peribadi anda, kecuali sebagaimana yang dibenarkan atau diperlukan di sisi undang-undang, bagi memenuhi obligasi kontraktual, tuntutan, litigasi atau penyiasatan, atau bagi melindungi hak, keselamatan atau harta kami, anda atau orang lain.Jika Data Peribadi yang Anda Berikan Adalah Tidak LengkapAnda boleh memilih untuk tidak memberikan data peribadi tertentu kepada kami. Walau bagaimanapun, sekiranya data peribadi tertentu diperlukan bagi tujuan penyediaan perkhidmatan, pengurusan rekod, pematuhan kehendak perundangan dan/atau kontraktual, atau maksud lain yang dibenarkan di bawah undang-undang, kegagalan untuk memberikan data tersebut mungkin menyebabkan kami tidak dapat:• memproses pertanyaan, tempahan atau pendaftaran anda;
• menyediakan perkhidmatan psikologi yang diminta atau sesuai dengan keperluan anda; dan/atau
• memenuhi kewajipan perundangan, profesional atau kontraktual yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kepada anda.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi AndaBerdasarkan permintaan anda dan tertakluk pada undang-undang yang terpakai, anda boleh memohon untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang kami pegang atau kawal. Kami komited untuk memastikan data peribadi anda adalah lengkap, tepat dan terkini berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan kepada data peribadi anda dan memastikan maklumat tersebut dikemas kini.Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda, kami boleh mempertimbangkan permintaan anda tertakluk kepada syarat, prosedur dan alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.Berapa Lama Kami Akan Menyimpan Data Peribadi AndaKami akan menyimpan data peribadi anda bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan, termasuk bagi tujuan penyediaan perkhidmatan, pengurusan rekod, perlindungan kepentingan kami dan/atau anda, serta pematuhan kepada keperluan perundangan, profesional atau pengawalseliaan yang terpakai.Apabila data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan bagi tujuan berkenaan dan tiada kewajipan untuk terus menyimpannya, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadam, memusnahkan atau menjadikannya tidak lagi boleh mengenal pasti anda, tertakluk kepada keperluan yang terpakai.Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi AndaKami akan mengambil semua langkah yang praktikal dan sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pemusnahan, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja.Akses kepada data peribadi anda akan dihadkan kepada pihak yang memerlukannya bagi tujuan yang berkaitan dengan tugas atau perkhidmatan mereka. Kami juga akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan penyedia perkhidmatan yang memproses data peribadi bagi pihak kami mengambil langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi data tersebut.Sekiranya kami merujuk anda kepada pihak ketiga bagi tujuan penilaian, rawatan, pemeriksaan atau perkhidmatan lain yang berkaitan, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak berkenaan. Sekiranya anda memilih untuk berbuat demikian, pengendalian data peribadi anda oleh pihak tersebut adalah tertakluk kepada dasar privasi dan amalan perlindungan data pihak berkenaan. Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan memahami dasar privasi pihak ketiga tersebut sebelum memberikan apa-apa data peribadi anda kepada pihak berkenaan. Kami menafikan apa-apa liabiliti undang-undang atau liabiliti lain terhadap tindakan, dasar privasi atau pematuhan standard perlindungan data oleh pihak ketiga tersebut.Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar MalaysiaApa-apa data peribadi yang anda berikan kepada kami akan dikendalikan dengan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya selaras dengan PDPA. Kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana penyedia perkhidmatan dan pihak lain yang terlibat dalam pemberian sebahagian daripada perkhidmatan, bertempat di negara di luar Malaysia. Anda dengan ini memberikan persetujuan bagi kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia bagi maksud ini. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa penyedia perkhidmatan dan pihak lain tidak menggunakan data peribadi anda atas apa-apa alasan selain daripada untuk memberikan perkhidmatan berdasarkan kontrak yang diikat oleh mereka dengan kami. Sebagai sebahagian daripada pemberian perkhidmatan yang melibatkan pemindahan data peribadi anda ke negara-negara di luar Malaysia, kami akan memastikan bahawa tahap perlindungan yang mencukupi telah dilaksanakan untuk menjaga data peribadi anda.Persetujuan AndaDengan menyerahkan data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif), anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis PDP ini. Kami mempunyai hak untuk menyemak Notis PDP ini bila-bila disifatkan sebagai perlu. Kami boleh mengkaji semula dan mengemaskinikan Notis PDP ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan maklumat terkini kepada anda tentang apa-apa semakan semula, pengemaskinian dan perubahan pada Notis PDP ini melalui platform komunikasi rasmi kami. Anda dinasihati supaya merujuk kepada Notis PDP ini secara berkala bagi perubahan yang mungkin dibuat.

Percanggahan atau KetidakselarasanSekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) Notis PDP ini, versi Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) hendaklah terpakai setakat percanggahan atau ketidakselarasan tersebut.Hubungi Kami
Kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berhubung dengan Notis PDP ini atau bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda, sila hubungi kami di [email protected].


PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE FOR CLIENTS
(English version)
BAYU PSYCHOLOGICAL SERVICESAt Bayu Psychological Services (Business Registration No.: 202603106555 (003844377-W)), we are committed to protecting your privacy in accordance with Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”).
This Personal Data Protection Notice (“Notice”) explains what personal data we collect about you, when and why we collect it, how we use it, the circumstances under which we may disclose it to others, your rights in relation to your personal data, and how we safeguard it. This Notice covers our personal data collection activities conducted both online and offline.
Personal Data We May Collect from YouWe may collect the following personal data about you, depending on the nature of your interactions with us, including during enquiries, bookings, client registration and the provision of psychological services.For Enquiries and Bookings
• Personal information for identification purposes, such as your full name, date of birth, age and, where necessary, identity card number or other identification document details;
• Contact information, such as your address, telephone number, mobile phone number and email address;
• Booking-related information, such as the type of service requested, appointment date and time, and information you provide in connection with your enquiry or request;
• Payment and transaction information, such as payment records, transaction amounts, payment dates and transaction numbers or references, where applicable; and
• Any other relevant information or supporting documents that you submit, or that are submitted on your behalf, for the purpose of making a booking or receiving our services.
For Clients Receiving Psychological Services
• All personal information listed above, where applicable;
• Background and demographic information relevant to the provision of psychological services;
• Information relating to your health and psychological well-being, including your history, conditions, symptoms, level of functioning and other factors relevant to assessment or intervention;
• Information obtained through questionnaires, tests or psychological instruments, including responses, scores, results and interpretations;
• Session notes, clinical records, psychological reports and other professional documentation;
• Information provided by third parties or collateral informants, where applicable;
• Communications relating to the provision of services, including communications before, during or after sessions; and
• Any other relevant information or supporting documents that you submit, or that are submitted on your behalf, for the purpose of receiving psychological services.
For Visitors to the Premises
• Video footage collected through the closed-circuit television (CCTV) system installed in designated areas of Bayu Psychological Services for security and incident investigation purposes.
Sensitive personal data may include health and medical information, information relating to your psychological health or well-being, and other information classified as sensitive personal data under applicable law. We will only collect and process sensitive personal data where it is relevant and necessary for the purposes stated in this Notice, or where permitted or required by law.If you provide us with personal data belonging to third parties, including information about family members, partners, caregivers, collateral informants or any other individuals related to your services, you confirm that you have the appropriate permission or authority to provide such personal data to us for the purposes stated in this Notice. Where an individual is a minor or lacks the legal capacity to provide consent, you confirm that you have the appropriate authority to act on their behalf in relation to the processing of their personal data.How We Collect Your Personal DataGenerally, we obtain your personal data directly from you. However, we may also obtain your personal data from various sources, including but not limited to the following:• When you complete booking, registration, screening, assessment, questionnaire or other forms provided by us;
• When you provide information during consultation, assessment, intervention or any other psychological services provided by us;
• When you provide information to us by telephone, email, messaging applications, our website or any other communication channel;
• When you submit documents, reports, records or other information relating to you or the services you receive;
• When we obtain information from third parties, such as family members, caregivers, partners, collateral informants, healthcare professionals, service providers or other parties authorised or appointed by you;
• When we obtain information through systems or platforms used by us for service delivery, payment service providers and communication service providers;
• When you make payments or transactions through financial institutions or payment service providers;
• When you visit or browse our website or use our online services;
• When you visit the premises of Bayu Psychological Services, including through video footage captured by the closed-circuit television (CCTV) system installed in designated areas.
• When we receive information from authorities, regulatory bodies or other parties where such disclosure is permitted or required by law; and/or
• From other sources where you have given consent for the collection of personal data relating to you, or where otherwise permitted or required by law.
Processing of Personal Data CollectedYou consent to our processing of your personal data where permitted or required by applicable law and for the following purposes:• To manage and process your enquiries, bookings, registrations and appointments;
• To facilitate communication with you regarding our services;
• To provide psychological services to you, including screening, consultation, assessment, intervention and other related services;
• To conduct professional supervision, case consultation and case-related discussions with supervisors or other relevant professionals, where necessary for professional practice and the provision of psychological services, with shared information kept confidential and disclosed only to the extent necessary for those purposes;
• To establish, maintain and manage client records, clinical records and documentation relating to your services;
• To manage payments, invoices, receipts and other matters relating to your transactions;
• To communicate or liaise with other relevant parties in connection with your services, where permitted or required;
• To generate data, reports and statistics that have been de-identified or aggregated in a manner that does not identify you as an individual;
• To conduct surveys, questionnaires and activities relating to service improvement;
• To comply with applicable legal, professional or regulatory obligations;
• To maintain records for security, risk management, claims or other legal purposes;
• For the purposes of premises security, protecting clients, staff and visitors, and investigating incidents occurring at the premises of Bayu Psychological Services.
• To detect and/or prevent fraud, misuse or unlawful activities;
• To protect your safety and well-being, as well as those of others;
• To manage and carry out the operations and administration of Bayu Psychological Services; and/or
• For any other purpose connected with, related to or arising from the purposes above, and for any other purpose permitted or required by applicable laws, regulations, guidelines and/or relevant authorities.
Who We Share Your Personal Data WithWe may disclose your personal data to the following parties where necessary for the processing purposes stated in this Notice and to the extent relevant to those purposes:• The owner and staff of Bayu Psychological Services who are involved in processing personal data for the purposes stated in this Notice;
• Client management, communication and technology system providers, including email, telephone, messaging, data storage, system and platform providers used for client management, bookings, appointments, records, communications and service delivery;
• Supervisors, professional peers, healthcare professionals and other relevant parties for professional supervision, case consultation, clinical discussions or the provision of psychological services, where applicable;
• Your family members, caregivers, collateral informants and/or emergency contacts for purposes related to the provision of services or the protection of your safety and well-being, where such disclosure is authorised by you or permitted or required by applicable law;
• Third-party providers of services or external resources for our administrative and operational functions, for the purpose of carrying out those services on our behalf;
• The Federal or State Government, local authorities, statutory bodies, regulatory bodies, government agencies and other authorities for the purpose of complying with legal or regulatory obligations, or where disclosure is permitted or required by law;
• Law enforcement agencies for investigations or actions permitted or required by law;
• Other parties who have given or received appropriate authorisation from you, for the purposes specified in that authorisation; and/or
• Any other relevant parties where disclosure is permitted or required by law, for the purposes permitted or required by law.
Disclosure of personal data to these parties will be limited to information relevant and necessary for the purposes concerned.
We will not otherwise use, share, disseminate, publish or disclose your personal data except as permitted or required by law, to fulfil contractual obligations, address claims, litigation or investigations, or protect the rights, safety or property of Bayu Psychological Services, you or others.
If the Personal Data You Provide Is IncompleteYou may choose not to provide certain personal data to us. However, if certain personal data is required for the provision of services, record management, compliance with legal and/or contractual requirements, or other purposes permitted by law, failure to provide such data may result in our inability to:• Process your enquiry, booking or registration;
• Provide the requested psychological services or services appropriate to your needs; and/or
• Fulfil legal, professional or contractual obligations relating to the provision of services to you.
Your Right to Access and Correct Your Personal DataUpon your request and subject to applicable law, you may request access to and correction of the personal data we hold or control. We are committed to ensuring that your personal data is complete, accurate and up to date based on the information you provide to us. You are responsible for informing us of any changes to your personal data and ensuring that the information is updated.
Your requests to access and/or correct your personal data may be considered subject to the conditions, procedures and grounds permitted under applicable law.
How Long We Retain Your Personal DataWe will retain your personal data for as long as necessary to fulfil the purposes for which it was collected, including the provision of services, record management, protection of our interests and/or yours, and compliance with applicable legal, professional or regulatory requirements.When your personal data is no longer required for the relevant purposes and there is no obligation to retain it further, we will take appropriate steps to delete, destroy or de-identify it, subject to applicable requirements.How We Protect and Safeguard Your Personal DataWe will take all practical and reasonable steps to protect your personal data against loss, misuse, modification, destruction, unauthorised or accidental access, or disclosure.Access to your personal data will be restricted to parties who require it for purposes related to their duties or services. We will also take appropriate steps to ensure that service providers processing personal data on our behalf implement suitable security measures to protect such data.If we refer you to a third party for assessment, treatment, examination or other related services, you may choose whether to obtain those services from that party. If you choose to do so, the handling of your personal data by that party will be subject to its own privacy policy and data protection practices. You are responsible for reviewing and understanding the third party's privacy policy before providing any personal data to that party.We disclaims any legal or other liability for the actions, privacy policies or compliance with data protection standards of such third parties.Transfer of Your Personal Data Outside MalaysiaAny personal data you provide to us will be handled using appropriate security measures in accordance with the PDPA. We may need to transfer your personal data outside Malaysia if any service provider or other party involved in providing part of our services is located outside Malaysia. You hereby consent to our transfer of your personal data outside Malaysia for this purpose.We will take reasonable steps to ensure that service providers and other parties do not use your personal data for any purpose other than providing services under the contracts they have entered into with us. As part of providing services involving the transfer of your personal data to countries outside Malaysia, we will ensure that an adequate level of protection is in place to safeguard your personal data.Your ConsentBy submitting your personal data, including sensitive personal data, you hereby consent to the processing of your personal data as described in this Notice.We reserve the right to review this Notice whenever deemed necessary. We may review and update this Notice from time to time. We will inform you of any revisions, updates or changes through our official communication channels. You are advised to refer to this Notice periodically for any changes that may be made.Conflicts or InconsistenciesIn the event of any conflict or inconsistency between the English version and the National Language (Bahasa Melayu) version of this Notice, the National Language (Bahasa Melayu) version shall prevail to the extent of such conflict or inconsistency.Contact Us
We are committed to protecting your personal data. If you have any questions regarding this Notice or how we handle your personal data, please contact us at [email protected].